FOKUS,2008 :Pilihanraya Umum ke-12
Apa Kata Pemimpin Utama Negara
“Kita sudah laksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat, banyak projek pembangunan telah dijalankan dan memastikan manafaatnya kepada rakyat serta menyumbang kepada pembangunan Negara”.
“Harapan supaya kita memberikan khidmat yang terbaik untuk menambah nilai kepada kejayaan yang diperolehi”. Tambahnya lagi, pengundi harus membuat penilaian yang objektif perkara-perkara dan isu yang berkaitan Negara.
-Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Harian Metro,14 Feb 2008
“Kita (Barisan Nasional) adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan menjanjikan sesuatu yang boleh dilaksanakan”.
-Datuk Seri Najib Tun Razak. Sinar Harian, 01 Mac 2008
Petikan Kata Pemimpin BN/UMNO
“Pembangkang tidak pernah bercakap mengenai cara untuk menjana ekonomi negara, sebaliknya mereka hanya bercakap mengenai cara membelanjakan keuntungan hasil minyak”.
-Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
“PAS sebenarnya telah ketandusan isu sehingga sanggup mengeluarkan fatwa yang memainkan perasaan berhubung agama dan ia perlu segera dihentikan”.
-Datuk Dr. Abdullah Md Zin
FOKUS PIMPINAN: Budaya Kerja “SMART” dan Kerja Kuat
PERJUANGAN alaf kini adalah berkitar dari segi cabaran dan persekitaran semasa serta memartabatkan kecemerlangan rakyat berasaskan pembangunan manusia serta ekonomi ummah. Cabaran semasa kini adalah terlalu kompleks bermula dari cabaran ekonomi global, teknologi sehingga kepada isu-isu dalaman masyarakat seperti gejala sosial, jenayah dan keruntuhan institusi sosial. Lalu, penyelesaian yang berhikmah, cekap dan berkesan serta adil menjadi justifikasi umum.
Dari aspek konsepnya, jiwa dan nurani insan perlu diperkasakan dan jati diri harus diperkukuhkan melalui strategi modal insan berpaksikan ilmu yang bermanafaat dan iman yang teguh. Keseimbangan hati nurani diri samada pimpinan atau masyarakat amnya akan mewajarkan kejayaan pembangunan yang menyeluruh dalam aspek kemanusiaan, pendidikan serta pembangunan infrastruktur dipelbagai peringkat.
KEPUTUSAN KERUSI PARLIMEN & DUN PILIHAN RAYA, 2008
| Parti |
Parlimen |
DUN |
| BN |
140 |
307 |
| PKR |
31 |
40 |
| DAP |
28 |
73 |
| PAS |
23 |
83 |
| Bebas |
- |
2 |
| Jumlah |
|
505 |
PROSES demokrasi telah selesai dijalankan oleh SPR; dan pemilih telah melaksanakan pilihan masing-masing pada 8 Mac,2008. Keputusan pilihan rakyat disifatkan "tsunami politik" dengan kegagalan besar oleh parti BN dalam PRU ke-12. 5 negeri yang dijangka "Panas" telah jatuh ke pihak pembangkang, DAP, PKR dan PAS. (Ikuti komentar para pemimpin di e-buletin)